Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 3, 2009

hayati la cerita ini...

Sebuah kisah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran

Abah, bagi balik tangan Ita.........
Align Center
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar
mninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar
bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga
setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan
pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu
pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas
buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga
kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar
simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat
daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta
baru ayahnya. Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya
jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan
kreativitinya. Hari utu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat
kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta.
Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan
ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian
itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta
yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik.
Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit,
"Siapa punya kerja ni?"
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar.
Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan
tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus
mengatakan "Tak tahu... !"
"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik
si isteri lagi.

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar
dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik
kan!"katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga
raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang
tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan
berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa
cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan
kiri anaknya.Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu,
pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke
bilik.Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil
calar balar.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil
menyiram air sambil dia menangis.Anak kecil itu pula terjerit-jerit
menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa
sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.
Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas
tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang
menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu
mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya
sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada
pembantu rumah.
"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.
"Bagi minum panadol tu," balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya.
Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia
menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya
bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke
klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor
mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan
ibu kanak-kanak itu.
"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua
tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi
sedah terlalu teruk.
"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong
dari siku ke bawah" kata doktor.
Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu
meraung merangkul si anak.
Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa
terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan
habis, si anak menangis kesakitan.
Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut
putih.Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah
pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua
menangis.Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah
bersuara dalam linangan air mata.
"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau
jahat.Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali
membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah
pembantu rumah,
Sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti
histeria.
"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat
lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita
janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.
Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi,
tiada manusia dapat menahannya.

0 kata-kata: